Kisah Cinta seseorang
Kalau takdir kita yang menentukan, tiadalah kekeciwaan dalam hidup. Tapi tiada juga asam garam yang memberi rasa dan pengalaman.
DIA, dalam keterujaan bercinta, memutuskan untuk merasmikan cinta mereka.
Bukan tiada halangan. Semua memberikan pandangan yang negatif. Paling mendominasi : Nanti dipergunakan.
Tapi harus bagaimana? Hati itulah yang diturutkan. Hati, memang setegar bebatuan yang telah alah diasah terjahan ombak.
Apa yang dirisaukan? aku berdiri di atas kaki sendiri? Jika dia memberiku bahagia, apa salahnya saling memberi? saling melengkapi?
Cuma dia lupa, hati yang mahu itu juga yang bakal terluka. Dan luka dek kerana cinta yang ikhlas tanpa pengharapan adalah sangat berbisa.
Entah di mana silapnya, cinta yang dianggap anugerah terindah, rupanya hanya sebuah sandiwara.
Adakah keterlaluan aku menghukum? atau lebih manis kukatakan, cinta terlalu cepat habisnya.
Kemanisan bercinta tak sampai setahun, telah kedengaran keluhan. Lebih menyakitkan, tidak dapat mengadu tanpa kata-kata " told you so!".
Tidak mahu aku memburukkan perilaku si lelaki. Cukup kukatakan dia sangat mempergunakan si isteri. Si isteri pun tersilap, tidak menjangkakan bahawa dunia mereka terjarak. Dia (lelaki) hilang kehidupan sosial bila berada di sisinya (dirantau orang). Cinta itu progresif. Bukan untuk dihidupi berdua sahaja. Bila disempitkan ruang, lambat laun nafas terasa sesak. Apa lagi jika kehidupan sebelumnya, bebas terbang di udara yang terbentang luas.
Bahagia yang disangkakan berpanjangan, panas hanya seketika. Akhirnya sesal berpanjangan.
Salah takdirkah?
Cerita ini tidak bermaksud jahat. Cuma memberi sedikit pengajaran. Moral of the story, berfikir panjanglah sebelum terjun dengan labu-labu. Jika rela menerima kesan, silakan saja. Jangan sampai merana berpanjangan.
Paling penting positif. Apa yang berlaku adalah bab-bab dalam lembaran kehidupan. Jangan tutup buka. Tulislah cerita baru.
Dia yang hilang, jangan sampai turut memadam ceritera hidup kita.
Jika berpegang pada takdir, pasti ada kesinambungan. Titik akhir hanya mati.
Tuhan telah merencanakan takdir hidup kita namun kita diberi kebebasan untuk memilih. Mahu ketawa atau menangis.
Bila memilih, tidak seharusnya sentiasa tepat.
But, give credit to ourselves.