Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan 1436H 2015

18 June 2015 bersamaan hari Khamis. Ramadan pertama bagi tahun ini. Semoga dapat diri ini dan kita semua umat Muslimin sempurnakan sebaik - baiknya. Banyak kebaikan berpuasa tetapi yang paling utama ialah kesedaran yang dapat dari penghayatan kita berpuasa. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi pengabdian kita kepada Allah Subhanallah Wa Taala. Cinta ini lah teragung.

Dewasa ini ramai insan yang terlebih pandai tidak lagi mahu beragama. Mereka cuma mahu gunakan akal logik. Benda yang ghaib dan tidak dapat dibuktikan mereka tolak mentah-mentah. Kata mereka, asalkan kita baik buat apa beragama?

Agama adalah disiplin hidup. Ujian pertama kepada keyakinan kita kepada wujudnya Allah tuhan yang menciptakan  alam semesta dan segala mahkluk didalamnya.

Dengan menidakkan agama @ faith, bermakna kita menolak kewujudan al-hak - Allah yang mempunyai hak ke atas kita dan alam maya ini. Agama, memberikan kita garis panduan dalam hidup, tanpanya, manusia terumbang ambing dan hanya  menjadikan dunia sebagai matlamat hidup.

Selamat berpuasa. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Dunia akan berakhir dan semakin hampir kerana kebobrakan kita pada alam ini sendiri. Sesungguhnya, manusia melakukan terlalu vanyak kerosakan di muka bumi sehingga ia mula menangis dan tidak lagi mahu bersahabat.

*Pagi ini sekitar jam 5pagi, berlaku lagi gegaran di Mt Kinabalu skala 4.0.

Ya Allah, ampunkan lah segala dosa-dosa kami.


Wednesday, 27 May 2015

Cinta nya Paling Murni

Ku akui, tidak kan kutemukan lagi cinta setulus cintanya. Dia yang terbaik namun tersakiti. Mujur saja, jatidirinya kuat, maka dia bangkit menjadi pahlawan - sang kesatria yang boleh mendabik dada : "lihat aku sekarang! "

Ya aku melihat mu dengan pandangan bangga. Sementara diriku, tidak selengkap hidup mu Hari ini. Tidak banyak cerita tentang aku yang inginku ceritakan.

Apa saja kejayaan ku setakat ini? Mungkin hanya satu. Dalam keadaan apapun tidak pernah ku izinkan hati ku merana. Aku belajar mencintai diriku sendiri. Mengajar diri hidup mandiri. Membiasakan hati untuk tidak punya keinginan dicintai. 

Jika dibandingkan dengan mereka yang 'punya' segalanya - mungkin saja tawaku lebih nyaring. Kenapa? Mungkin kerana aku tidak takut kehilangkan. 

Apa lagi boleh hilang dari hidupku?

Cinta? Bagaimana hilang jika ia sentiasa ada?