Wednesday 17 June 2015

Ramadhan 1436H 2015

18 June 2015 bersamaan hari Khamis. Ramadan pertama bagi tahun ini. Semoga dapat diri ini dan kita semua umat Muslimin sempurnakan sebaik - baiknya. Banyak kebaikan berpuasa tetapi yang paling utama ialah kesedaran yang dapat dari penghayatan kita berpuasa. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi pengabdian kita kepada Allah Subhanallah Wa Taala. Cinta ini lah teragung.

Dewasa ini ramai insan yang terlebih pandai tidak lagi mahu beragama. Mereka cuma mahu gunakan akal logik. Benda yang ghaib dan tidak dapat dibuktikan mereka tolak mentah-mentah. Kata mereka, asalkan kita baik buat apa beragama?

Agama adalah disiplin hidup. Ujian pertama kepada keyakinan kita kepada wujudnya Allah tuhan yang menciptakan  alam semesta dan segala mahkluk didalamnya.

Dengan menidakkan agama @ faith, bermakna kita menolak kewujudan al-hak - Allah yang mempunyai hak ke atas kita dan alam maya ini. Agama, memberikan kita garis panduan dalam hidup, tanpanya, manusia terumbang ambing dan hanya  menjadikan dunia sebagai matlamat hidup.

Selamat berpuasa. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Dunia akan berakhir dan semakin hampir kerana kebobrakan kita pada alam ini sendiri. Sesungguhnya, manusia melakukan terlalu vanyak kerosakan di muka bumi sehingga ia mula menangis dan tidak lagi mahu bersahabat.

*Pagi ini sekitar jam 5pagi, berlaku lagi gegaran di Mt Kinabalu skala 4.0.

Ya Allah, ampunkan lah segala dosa-dosa kami.


Wednesday 27 May 2015

Cinta nya Paling Murni

Ku akui, tidak kan kutemukan lagi cinta setulus cintanya. Dia yang terbaik namun tersakiti. Mujur saja, jatidirinya kuat, maka dia bangkit menjadi pahlawan - sang kesatria yang boleh mendabik dada : "lihat aku sekarang! "

Ya aku melihat mu dengan pandangan bangga. Sementara diriku, tidak selengkap hidup mu Hari ini. Tidak banyak cerita tentang aku yang inginku ceritakan.

Apa saja kejayaan ku setakat ini? Mungkin hanya satu. Dalam keadaan apapun tidak pernah ku izinkan hati ku merana. Aku belajar mencintai diriku sendiri. Mengajar diri hidup mandiri. Membiasakan hati untuk tidak punya keinginan dicintai. 

Jika dibandingkan dengan mereka yang 'punya' segalanya - mungkin saja tawaku lebih nyaring. Kenapa? Mungkin kerana aku tidak takut kehilangkan. 

Apa lagi boleh hilang dari hidupku?

Cinta? Bagaimana hilang jika ia sentiasa ada?





Saturday 25 October 2014

Cinta Seseorang Part 2

Link sebelumnya.

Kisah Cinta seseorang

Kalau takdir kita yang menentukan, tiadalah kekeciwaan dalam hidup. Tapi tiada juga asam garam yang memberi rasa dan pengalaman.

DIA, dalam keterujaan bercinta, memutuskan untuk merasmikan cinta mereka.

Bukan tiada halangan. Semua memberikan pandangan yang negatif. Paling mendominasi : Nanti dipergunakan.

Tapi harus bagaimana? Hati itulah yang diturutkan. Hati, memang setegar bebatuan yang telah alah diasah terjahan ombak. 

Apa yang dirisaukan? aku berdiri di atas kaki sendiri? Jika dia memberiku bahagia, apa salahnya saling memberi? saling melengkapi?

Cuma dia lupa, hati yang mahu itu juga yang bakal terluka. Dan luka dek kerana cinta yang ikhlas tanpa pengharapan adalah sangat berbisa.

Entah di mana silapnya, cinta yang dianggap anugerah terindah, rupanya hanya sebuah sandiwara. 
Adakah keterlaluan aku menghukum? atau lebih manis kukatakan, cinta terlalu cepat habisnya.

Kemanisan bercinta tak sampai setahun, telah kedengaran keluhan. Lebih menyakitkan, tidak dapat mengadu tanpa kata-kata " told you so!".

Tidak mahu aku memburukkan perilaku si lelaki. Cukup kukatakan dia sangat mempergunakan si isteri. Si isteri pun tersilap, tidak menjangkakan bahawa dunia mereka terjarak. Dia (lelaki) hilang kehidupan sosial bila berada di sisinya (dirantau orang). Cinta itu progresif. Bukan untuk dihidupi berdua sahaja. Bila disempitkan ruang, lambat laun nafas terasa sesak. Apa lagi jika kehidupan sebelumnya, bebas terbang di udara yang terbentang luas.

Bahagia yang disangkakan berpanjangan, panas hanya seketika. Akhirnya sesal berpanjangan.



Salah takdirkah?

Cerita ini tidak bermaksud jahat. Cuma memberi sedikit pengajaran. Moral of the story, berfikir panjanglah sebelum terjun dengan labu-labu. Jika rela menerima kesan, silakan saja. Jangan sampai merana berpanjangan.

Paling penting positif. Apa yang berlaku adalah bab-bab dalam lembaran kehidupan. Jangan tutup buka. Tulislah cerita baru.

Dia yang hilang, jangan sampai turut memadam ceritera hidup kita. 

Jika berpegang pada takdir, pasti ada kesinambungan. Titik akhir hanya mati.

Tuhan telah merencanakan takdir hidup kita namun kita diberi kebebasan untuk memilih. Mahu ketawa atau menangis.

Bila memilih, tidak seharusnya sentiasa tepat. 

But, give credit to ourselves.

Friday 24 October 2014

Cinta Seseorang

Ini bukan cerita cinta saya. Sengaja ku-blog untuk mengenangkannya, sempena hari ulangtahunnya hari ini. Dia tidak tahu aku menulisnya. Jika dia terbaca, mungkin dia akan menangis. Menatap ceritera hidupnya tertulis di depan mata.

Akan kukatakan ia kebetulan saja.

Dia, telah lama kehilangan cinta. Selama ini, puas juga mencari cinta sejati tetapi tidak pernah bertemu orang yang punyai kehendak yang sama. Pada cinta mungkin iya, tapi untuk dirinya tidak. Seperti biasa, terkadang kita kita menginginkan seseorang sedang ia tidak. Terkadang kita diinginkan, tapi hati kita menolaknya. Seringkali pula, cinta muncul tapi ianya TERLARANG.

Jodoh itu, perasaan cinta itu urusan yang maha kuasa.

Akhirnya.

Setelah sekian lama merindukan untuk dicintai, dia bertemu seseorang. Cerita hati mereka hanya mereka yang tahu. Kita tidak bisa menebak. Mengintai kejujuran pasangan saat meluahkan cinta bukan lah mudah kerana sudah tentulah mereka hanya memaparkan yang terbaik. Banyaklah petua yang disarankan bagaimana periksadaridalam pasangan mu sebelum mengikatjanji atau menyerahkan jiwaraga, namun disaat hati sedang dilamun angau, akal tidak lagi relevant. Malahan menjadi musuh.


 

Maka terjalinlah cinta. Dengan orang seberang yang ditemui ketika  liburan. Saking hebatnya perasaan yang membara, mereka ingin diijabkabul secepatnya.

Semua merasakan ia terburu-buru. Tapi pemunya hati merasa kini sampai masanya. Sudah terlalu lama hidup dan hati kesepian. Siapa dapat mengerti kekosongan hidup berpuluh tahun mengharungi hidup sendirian setelah gagal rumahtangga dulu?

Aku hanya mengharapkan hadirnya menemani ku katanya. Aku perempuan yang biasa hidup berdikari. Berpuluh tahun menghidupi diri dan anak, daripada tiada hingga kini dipuncak kerjaya yang lumayan terhormat. Aku bukan mencari orang yang dapat menyokongku dari segi materi. Aku punya. Aku kini mampu. Aku bukan muda lagi tapi salahkah aku mempunyai perasaan cinta? Haruskah aku menolak perasaan itu hanya kerana lukisan takdir yang  mencorakkan hidupku begini?

Aku sendiri tiada jawapan. Jika diturutkan akal, memang terburu-buru menikah bukan tindakan terbijak. Tapi agama sendiri bukan kah menganjurkan untuk "akadnikah" jika hati sudah suka? untuk menghalang keterlanjuran yang dilarang.

Tapi....... kami semua berkata begitu.

Tapi dia berbuat sebaliknya.


........ bersambung

Ceritera Cinta

Cerita tentang CINTA memang sesuatu yang universal. Tiada sesiapapun yang pernah terlepas daripada merasakannya, sebagaimana playboy or playgirlpun anda. Itulah segumpal perasaan yang hanya tuhan yang mengerti. Mengapa ada di hati kita.

Terkadang cinta itu kekal. Mesti tak sentiasa segar bugar hingga ujung nyawa. Namun kita berupaya mempertanggungjawabkan hati untuk menjaganya. Itu cinta yang tidak didasari nafsu semata.

Banyak cinta yang patah di tengah jalan. Tidak kira berapa lama, atau ikatan apa yang sudah terjalin. Lantas buru-buru menyalahkan takdir. Ya. Biar takdir saja yang bersalah.

Saya pun tidak mahu mengulas. Apa lagi menghakimi hati orang lain.

Jadinya, blog ini sekadar tempat saya untuk berkongsi. Cerita2 cinta yang saya pernah saksikan, sedang saksikan atau pun yang saya angan-angankan. Ataupun mungkin rasakan sendiri.

Jika anda ingin ceritakan cinta anda, emailkan saja. Tanpa nama. Kerana saya pun tidak mahu anda rasa terbeban tentang kerahsiaan diri.


Saat mencintai, itulah perasaan terindah yang tidak tergambarkan. Segala menjadi anganan. Menjadi nyanyian hati.

Menjadi pengharapan.